Mengakhiri Disember 2023

Aada Ummi Awesome 0 Comments

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum dan selamat siang. Ya saya baru jumpa jalan pulang ke blog ini setelah beberapa tahun terbiar sepi. Hehe. 

Apa khabar? Diharap teman-teman semua dalam keadaan sihat walafiat dan bahagia bersama yang tersayang. Macam tulis surat pulak dah :)



Teman semua, hari ini hari Sabtu, bersamaan 30 Disember 2023. Lagi dua hari tahun 2023 bakal berganti dengan tahun baru 2024. Sejenak, terfikir sudahkah tercapai hasrat dan impian yang dicita-citakan? Saban tahun, azam berganti azam. Kadang, azam yang sedia ada, kita panjangkan ke tahun berikutnya. Begitu lah.

Seperti biasa, tidak lari dari kita daripada azam yang satu ini. Berazam menjaga baik kesihatan sendiri dan juga ahli keluarga dengan lebih baik. Makin berusia ini, kesihatan lebih diutamakan berbanding yang lain. Betul kan?

Bukan bermakna selama ini kita tidak menjaganya dengan baik, namun kadang-kala culas juga ye! Saya la tu ;)

Apapun, Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang telah merezkikan nikmat kehidupan dan kesihatan terbaik buat kita, masih diberi peluang menghirup udara kurniaanNya sehingga saat ini. Syukur selalu. Setiap peluang yang diberikanNya kita syukuri dan semoga hari dan tahun mendatang semakin lebih baik buat kita semua. Jumpa lagi!

0 comments: