Vitarasa SHAKLEE

Bismillahirrahmanirrahim.


Assalamualaikum dan selamat pagi . Selamat datang ke blog Ummi Fayyadh yang baru je nak start buat posting kat blog baru ni. Hihi.

Dekat Vitarasa ni, kita nak share pengalaman dan juga kebaikan produk Shaklee ni. InsyaAllah dari masa ke semasa ya. Selaku pengguna Alhamdulillah saya akui rasa yakin untuk mengambil supplement keluaran Shaklee berbanding banyak-banyak supplement yang ada kat luar sana tu. Nak tahu kenapa?

Hmmm...kena la berkenalan dengan Shaklee dahulu. Tak kenal maka tak cinta kata orang. Maka kenal-kenal la dulu. Hihi.


Saya mula berkenalan dengan Shaklee semasa membeli supplement pertama Shaklee iaitu B Complex. Masa tu rasanya beberapa tahun lepas. Lepas tu ambil pula Vitamin E , Vitamin C. Kemudian ada juga ambil Ostematrix, ESP dan Vitalea. Alhamdulillah sekarang ni dah jadi pengedar Shaklee juga. Yang dekat area Penang (Area Simpang Ampat dan kawasan berdekatan) boleh COD produk Shaklee dengan saya Pengedar Shaklee Penang.




Namun sebelum kita nak ambil supplemet, kita kena tahu sebab apa nak ambil. Ada orang ambil supplement sebab nak cantik, nak hilangkan parut, untuk sakit gastrik, untuk tambah tenaga dan macam-macam lagi. Asasnya untuk kesihatan yang optima ada beberapa vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Bukan semua perlu diambil.

Pagi ni juga sempat menjenguk ke whatsapp group ada sahabat baik bertanyakan tentang ESP. Macam-macam soalan yang diorang tanyakan. Sedap tak ESP? Muak tak? ESP ni untuk cantikkan kulit kan? Cara minum ESP?

Haaa....seronok tau bila dapat soalan-soalan macam ni. Lebih-lebih lagi pasal ESP. Rasa excited nak share dengan diorang. Tapi kita share dalam group je dulu. Dekat sini kita tak share lagi la ya. Mungkin di lain post InsyaAllah.

Rasanya takat ni dulu untuk first posting ni. Next kita share kebaikan supplement shaklee ni ya InsyaAllah. Untuk entry-entry seterusnya antara topik yang kita bakal kongsikan dari masa ke semasa :

  • Tips kesihatan dan kecantikan wanita
  • Tips mendapatkan berat badan yang ideal
  • Tips untuk hamil
  • Tips menjalani kehamilan yang sihat
  • Tips kelahiran dan penjagaan selepas bersalin atau berpantang
  • Tips berjaya dalam penyusuan susu ibu
  • Tips menangani stress
  • Tips kesihatan anak-anak dan keluarga.



Jangan lupa follow blog Vitarasa dan Like FB Page Vitarasa UmmiAwesome.com dan Page Pengedar Shaklee Penang serta follow IG @vitarasa.ummiawesome  okey :). Jumpa di lain entry InsyaAllah.